Assallamualaikum Warahmahtullahi Wabarakatuh
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengetahui. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, atas barakahNya dapat memberikan kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata diruangan ini.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Hj Mohamed Khaled Nordin yang telah memberi kepercayaan dan sokongan kepada saya untuk memberi khidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, AJK Zon Mawar serta penduduk di dalam Zon Mawar amnya atas sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bagi di dalam melaksanakan tugas saya sebagai Ahli Majlis.
Sebagai Ahli Majlis, saya bercita-cita untuk menjadikan Zon Mawar ini sebagai Zon yang terbaik di dalam Pasir Gudang. Saya juga akan cuba melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi untuk kepentingan semua penduduk di dalam Zon Mawar. Kerjasama semua pihak amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Wasalam....
"MEMPERKASA KOMUNITI"
No comments:
Post a Comment